Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu  sehingga mencapai Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi  Kuno (Hebrew) sehinggakan kata 'cinnamon' dalam bahasa Yunani dikatakan  oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno selepas diubahsuai  dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba Aden (Di Yaman kini)  terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks Arab kurun ke  13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di  istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan pokok-pokok tropika  boleh tiba di kota Babilon.
Dalam Kitab Rujar,  Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:
"Penduduk Zabaj  telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana,membekalkannya  ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan mutu dan  kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj  di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan  dengan mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing"
Zabaj  adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu  terbesar di Asia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang  Melayu sudah pandai mengeksport besi pula ke India!
Situasi  Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya  Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh  seorang pakar perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh  The Jakarta Post:
"Five hundred years before groups of ocean  conquistadors from Portugal began their journey to look for new  territories, ships from the islands now known as Indonesia were  traveling around Asian waterswith very advanced technology.
The  preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the  Java Sea found that the ship had better technology than those from Europe,China  or Japan.The ship,believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a  storm, was also bigger and better constructed.Our preliminary analysis  concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At  that period, China still had no ships thatcould sail the oceans, while  European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail  to America and 15th century Europeanships were all less than 20  meters,"
No comments:
Post a Comment