Friday, July 9, 2010

Laut dan Melayu 11 - Perang Kedah-Thai

Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuan Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai 'lanun' Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perang Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi dan menyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra dan menetap di sana.

Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah dapat dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasu sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untuk mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai supaya menyerang Kedah.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment