Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah  berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda  kapal-kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kap ur  barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai  klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The  Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah  oleh dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan  anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah  kuasa dunia,sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun  kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi  juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan  ketika itu.
Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian  (Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan  mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy  (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu  hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua  Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa  Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau'  mereka (sebutan Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara  pantai Australia ang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok  Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau  kampung sering bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau  parao,prau dan barangay yang bermakna 'kapal' atau 'kampung'.
Perahu Melayu atau 'prau'/'parao'(pharaoh?) kemungkinan besar telah  sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas  kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di  antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai  Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti  sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari  Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai  Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam  bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang  bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata  'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai  Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud  'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan  perkataan Sumeria 'Buranun' dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada  sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi  di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari  Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan  rekod-rekod terawal India dan China menunjukkan penduduk Pengasinan  telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10  Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan  orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah  melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke  Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King  Solomon's Mines' pada zaman purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip  pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las  Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'.
Hari  ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era  Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu  hubungan yang aneh,contohnya:
Ancient Malay
Abah  (father,be dense)
Datu,Datuk (a royal edict)
Lahat (Tower)
Mura  (fear)
Saka (to roam)
Ancient Hebrew
Abba
Dath
Lahat
Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu  saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)
Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa  dahulu antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu  Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan  Mesir.
Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan  Majapahit yang pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan  peningkatan teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan  Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina  ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak aspek  kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan  bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan  tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya  harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya  menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang  ketara di seluruh Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment