Friday, July 9, 2010

Laut dan Melayu 1

Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan lagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique (manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?

Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam bukan calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan.

Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat sebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama El Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira yang berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black.

Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.Psycho-navigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah pelayar,pelaut,pengembara,lanu n,pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak.

No comments:

Post a Comment