Friday, July 9, 2010

Laut dan Melayu 12- Kapal geliung

Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga pandangannya yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika perdagangan di Betawi dan Melaka:

Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari Johor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal...."

Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu termasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China ketika itu memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapal-kapal pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang kapal Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah revolusi kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.

Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasan geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan kapal (seperti kapal The Flying Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para pembikin kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia dan Sumeria yang sudah pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan 'Israel Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.
Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:

"Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"

Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut .

Dalam perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk membedil dan menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.

No comments:

Post a Comment