Friday, May 28, 2010

Tamadun Melayu

Sebelum Melaka, sebelum langkasuka dan sebelum kedah tua, satu kerajaan yang berpusat di kemboja meliputi dari kemboja ke semenanjung Malaysia. Satu kerajaan tertua Melayu.

Tamadun Melayu

Tamadun rumpun Melayu bermula pada abad ke-1M lagi dan boleh dianggap berakhir pada awal abad ke-19 dengan pengambilan Siam, Belanda, Sepanyol dan Inggeris pada hampir semua rantau Gugusan Pepulau Melayu atau Alam Melayu ini, walaupun lama sebelum itu (abad ke-15, ke-16 dan abad ke-17) Kerajaan Campa dihancurkan oleh Vietnam 1471, Melaka dijajah Portugis 1511 dan Philippina dijajah Sepanyol 1565. Tamadun rumpun Melayu pertamanya ialah yang terkenal sebagai Kerajaan Funan (yang wujud dalam abad ke-1M hingga pertengahan abad ke-6M) atau jika hendak dikembangkan lagi atas nama Kerajaan Chenla (mengenangkan pengasasnya memang warisan Funan) sehingga 800M. Pusat pemerintahan Kerajaan Funan ialah di Vyadhapura, berhampiran dengan Phnom Penh sekarang, yang dihubungkan dengan terusan ke sebuah pelabuhan bernama Oc-eo atau Oc Eo di Vietnam sekarang, Provinsi Long Xuyen. Kerajaan Funan merangkumi sebahagian besar Indo-China sekarang hingga ke negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3M hingga ke-6M seluruh Thailand Selatan dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang ini berada di bawah Funan.

Seperti yang telah dijelaskan di atas, kerajaan Funan dijatuhkan oleh sebuah negeri peufti Funan yang dikenali oleh Khmer sebagai Kambuja atau Chenla mengikut catatan China pada pertengahan abad ke-6M. Kerajaan baru ini mula dikenali pada 613M apabila ibu negaranya berpindah ke Isanapura di Sambor Prei Kuk di daerah yang kini dinamai Kampong Thom di Kampuchea. Namun kerajaan baru ini tidak dapat bertahan di pesisiran pantai kerana serangan orang-orang dari Malaysia dan Indonesia sekarang yang mereka merujuknya sebagai Jva sahaja (sama seperti Arab menyebut orang Jawa atau Jawi hingga sekarang) yang tentunya dari kerajaan Sailendra/Saliendra berpusat di Jawa yang sedang menjadi kuasa besar pada kurun yang sama itu. Sebenarnya kerajaan Sailendra ini diasaskan oleh raja Funan yang lari ke Jawa apabila dikalahkan oleh raja Chenla itu

No comments:

Post a Comment