Tuesday, August 20, 2019

Melayu bukan penduduk asal tanah melayu?

Melayu Bukan penduduk asal Semenanjung?

Baru baru ramai yang buta sejarah, berani mengatakan bahawa melayu bukan penduduk asal walaupun Melayu telah beribu tahun bertapak di bumi semenanjung yang indah ini. Lebih  menyedihkan ramai dari orang Melayu sendiri tidak tahu sejarah dan tidak berupaya menangkis tohmahan dan tuduhan tuduhan yang tidak berasas,

Nama Melayu lebih merujuk kepada kekuasan sebuah Empayar di mana penduduk rakyat nya adalah orang “ Melayu”   atau rakyat kepada Empayar Melayu….  Jadi jelas amat lucu jika mahu dikatakan orang Melayu itu bukan dari Malaysia kerana istilah Melayu itu sendiri adalah nama sebuah Empayar yang merangkumi Alam Melayu .

Banyak pengeliruan mengenai Kerajaan Melayu yang berpusat di Melaka, Melaka adalah salah satu kota di mana Kerajaan melayu yang telah berpindah ke Melaka dan Empayar melayu bukannya bermula di Melaka tapi hanya lah satu kesinambungan  sebuah empayar yang susah lama bertapak.

Mulanya kebangkitan nama melayu,  bangkit dari pecahan Sri wijaya,,,,setelah jatuhnya ibukota Sri wijaya yang berusat di kedah yang juga di kenali sebagai Kataha,Kacha,  Kadaram atau kalah, Kedah Lama adalah kerajaan yang amat lama.

Kerajaan Melayu yang berpusat di Dharmasraya telah menjadi sebuah pusat baru gabungan negeri negeri bekas wilayah Sri Wijaya  selepas jatuhnya kerajaan Sriwijaya yg mempunyai ibukota di kedah (kadaram/kalah) . Ramai bangsawan Sriwijaya dari Kedah ( pusat Sri wjaya) yang melarikan diri ke pedalaman kemudian bergabung dengan Kerajaan Melayu Tua yang sudah lebih dulu ada di daerah tersebut,

Empayar yang di namakan Empayar Melayu yang bertukar pusat ke Dharmanisya dan Nama Melayu sebagai rakyat dan Bangsa Empayar Melayu. Sebagai  pewaris Empayar Sri Wijaya.
Setelah itu Pusat Empayar Melayu berpindah ke Melaka dan seterus nya ke Johor Riau Lingga.
Jestru itu melayu adalah nama Empayar/kerajaan yang Meliputi  Champa, Thailand, Indonesia dan Malaysia di mana Dharmasraya mengambil pupuk pimpinan dari Kedah.

Inskripsi nama Melayu  Padang Roco di keliling kepala perairan Batang Hari (kini Dharmasraya di Sumatera Barat), bertarikh 1286. Tetapi sebelum itu, pada 1183, dari inskripsi Grahi di Chaiya (Selatan Thailand), Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa nama raja Kerajaan Melayu juga muncul
Jestru rakyat di bawah kerajaan Melayu yang mengambil alih sri wijaya membahasakan diri mereka sebagai rakyat Melayu

Dharmasraya.
Dharmasraya dalam Pararaton merupakan ibukota dari negeri bhumi malayu.
Yang menarik di sini adalah daerah kekuasaan Trailokyaraja pada tahun 1183 telah mencapai Grahi, yang terletak di selatan Thailand (Chaiya sekarang). Itu artinya, setelah Sriwijaya mengalami kekalahan, Malayu bangkit kembali sebagai penguasa Selat Malaka. Namun, kapan kiranya kebangkitan tersebut dimulai tidak dapat dipastikan, dari catatan Cina disebutkan bahwa pada tahun 1082 masih ada utusan dari Chen-pi (Jambi) sebagai bawahan San-fo-ts'i, dan disaat bersamaan muncul pula utusan dari Pa-lin-fong (Palembang)

Dalam naskah berjudul Zhufan Zhi (諸蕃志) karya Zhao Rugua tahun 1225 disebutkan bahwa negeri San-fo-tsi ( Melayu) memiliki 15 daerah bawahan, yaitu Che-lan (Kamboja), Kia-lo-hi (Grahi, Ch'ai-ya atau Chaiya selatan Thailand sekarang), Tan-ma-ling (Tambralingga, selatan Thailand), Ling-ya-si-kia (Langkasuka, selatan Thailand), Ki-lan-tan (Kelantan), Ji-lo-t'ing (Cherating, pantai timur semenanjung malaya), Tong-ya-nong (Terengganu), Fo-lo-an (muara sungai Dungun, daerah Terengganu sekarang), Tsien-mai (Semawe, pantai timur semenanjung malaya), Pa-t'a (Sungai Paka, pantai timur semenanjung malaya), Pong-fong (Pahang), Lan-mu-li (Lamuri, daerah Aceh sekarang), Kien-pi (Jambi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-to (Sunda), dan dengan demikian, wilayah kekuasaan San-fo-tsi membentang dari Kamboja, Semenanjung Malaya, Sumatera sampai Sunda.

Jestru kerna ini lah sebahagian dari rakyat di kawasan ini dengan jelas memanggil diri mereka sebagai Melayu. Malayapura merupakan salah satu dari kata-kata yang dipahatkan pada Arca Amoghapasa oleh Adityawarman pada tahun 1347. Dari kaitan terjemahan teks dari manuskrip tersebut, Malayapura dirujuk menjadi nama kerajaan Melayu

Jestru Jayanagara mengirim sepupunya Adiyawarman, anak dara jingga sebagai Diplomat China Adiyawarman menjadi Maharaja Melayu di Dharmasraya dan kemudiannya memindahkan pusatnya ke pendalaman Minangkabau dan menamakan kerajaannya Melayupura. Kemudiannya di kenali sebagai pagar ruyung. (Jestru kita dapat melihat kaitan Melaka sebagai pusat baru Melayu dan Pagar Ruyung ). penemuan Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah di Kerinci yang diperkirakan berasal dari zaman Adityawarman.
Perang Melayu vs Majapahit ( Perang antara keluarga)

Setelah kematian Adiyawarman , hubungan Melayu dan Majapahit menjadi tegang , Peperangan antara keluarga kerana Klaim ke atas takta Majapahit. Parameswara  yang menikahi puteri Majapahit Kertawardana dan terlibat dalam konflik keluarga dan di halau dari Sumatera. Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari Adityawarman) yang tidak mempunyai putera. Putera Melayu terakhir Parameswara menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka,
Empayar Kesutanan Melayu Malaka adalah kesinambun waris  waris Sri Wijaya /Melayu yang bangun kembali.

Jestru itu Melayu adalah penduduk Asal  Semenanjung dan telah membina kerajaan Kerajaan kerajaan Hebat seperti Kedah , Langkasuka, Kelantan dan bergabung dengan saudara di Sumatera dalam Emperium Kerajaan Melayu selepas Sri Wijaya

Oleh itu daripada segi sejarah dan etimologi perkataan “Melayu” ini jelas sudah wujud sekurang-kurang pada awal kurun Masehi.
Pada sekitar pertengahan abad ke-4M lagi sudah terdapat catatan sejarah dari China yang mencatatkan mengenai kedatangan wakil rasmi Kerajaan Mo-lo-yeu dengan pelbagai ejaan ke negeri China seperti yang dilaporkan oleh Obaidellah (1986) dan Liang (1996).

Kerajaan atau orang yang disebut sebagai “Melayu” ini telah dicatat dalam aksara China dengan ejaan transkripsinya dalam versi yang plbagai iaitu - Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu dan Wu Lai Yu, yang merujuk kepada Malaya.
Malah maharaja Yuan (Dinanti monggol) telah menitahkan pada 1295 pernah menitahkan  pada 1295 gencatan senjata antara Melayu dan Hsien ( Tai) dan ini di catatkan dalam sejarah rasmi Dinasti Yuan di China dalam “ Yuan- Shih”.
Jestru itu orang Melayu sudah lama bertapak di semenanjung sejak zaman azali lagi dengan mendirikan kerajaan kerajaan kuno yang telah di kenali dunia.

Bukan kah lucu kalau Orang Melayu yang telah amat lama mendiirikan kerajaan di sini di panggil sebagai pendatang,,

3 comments:

  1. Ringkas dan padat penerangan nya Tuan. Follow blog saya Tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com

    WHATSAPP : +6285921063064
    BBM : SENTA88
    LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM

    SITUS POKER ONLINE RESMI
    DAFTAR SENTAPOKER
    PROMO POKER ONLINE
    CARA DAFTAR SENTAPOKER

    ReplyDelete
  3. Nagaqq Yang Merupakan Agen Bandarq terbaik , Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000
    * Deposit via Pulsa TELKOMSEL
    * 6 JENIS BANK ( BCA , BNI, BRI , MANDIRI , CIMB , DANAMON )

    Memegang Gelar atau title sebagai AGEN POKER ONLINE Terbaik di masanya

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker
    * Bandar66
    * Sakong
    * Capsa Susun
    * AduQ
    * Perang Bacarrat
    * Perang Dadu (New Game)


    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : NAGAQQ
    Facebook : NagaQQ official
    WHATSAPP : +855977509035
    Line : Cs_nagaQQ
    TELEGRAM :+855967014811

    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI YANG LAIN:
    Winner NagaQQ
    Daftar NagaQQ
    nagaqq

    ReplyDelete