Friday, May 28, 2010

Asas Kerajaan Melayu

Wujudnya kerajaan Funan dari 1 Masehi dari selatan Vietnam ke semenanjung menunjukkan kawasan ini telah lama mendiami semenanjung dan telah memerintah tanah besar ini dari 1 masehi lagi sebelum tersebar keseluruh nusantara.


Kerajaan Melayu Champa yang menjadi asas kepada kerajaan kerajaan 'melayu' sudah lama wujud.

Champa (abad ke-2M hingga ke-19M1) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla] iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke semenanjung Arab.

Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cham, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa ‘Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi’.

Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Champa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna ‘hutan yang penoh dengan keganasan’); dan oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Champa yang terawal.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kerajaan Lin Yi bermula semenjak 137M setelah kejatuhan Dinasti Han di negara China. Akibat daripada kejatuhan ini maka Pegawai Tinggi Han yang mentadbir wilayah tersebut telah mendirikan sebuah kerajaan di kawasan yang sekarang ini terletaknya bandar Hue di Vietnam dan melantik dirinya sebagai raja. Pada ketika itu kawasan itu diduduki oleh suku-suku yang senantiasa berperang dengan kawasan-kawasan jajahan China di Tonkin. Suku-suku ini dikenali sebagai puak-puak Cham dan adalah daripada rumpun Malayo-Polynesian yang berbudaya India (’Indianised Culture’).

Orang-orang Cham berbahasa Malayo-Polynesian (Austronesian) berbeza dengan jiran-jiran mereka (Khmer dan Vietnam) yang berbahasa Mon-Khmer atau Austroasiatic. Dari segi perbandingan bahasa pula bahasa Cham lebih mirip kepada bahasa-bahasa di kepulauan Nusantara dan Pasifik terutamanya bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Malaysia, Kalimantan, Sumatera, Java, Bali dan di kepulauan Indonesia lain di Lautan Pasifik.


Abad ke-2M = Lin Yi wujud sebagai Negara Kaum Cham di bawah pemerintahan Sri Mara.

Abad ke-3M = Kerajaan Lin Yi (dicatat dalam Sejarah China. Lin Yi menyerang Viet Nam and China Selatan pada tahun 248.

kewujudan pertalian antara Kelantan dan Champa semenjak dahulu kala. Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa. Masjid Kampung Laut, yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia juga dipercayai dibina oleh orang-orang Champa yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Demak di pulau Jawa pada awal abad ke-16.

Berdasarkan sumber bertulis China, seawal milenium pertama sebelum masihi dan selewat-lewatnya kurun ke-2 masihi sudah muncul kerajaan awal di alam Melayu seperti Dong Son, Vietnam Utara; Fu-Nan, Lembah Sungai Mekong; Champa, Vietnam Tengah; dan Langkasuka, Selatan Thailand-Kedah," katanya.


Kerajaan tertua di Indonesia juga berasal dari kemboja..berasal hanya pada kurun ke 4.


Kerajaan Tarumanagara

Kerajaan Tarumanagara di bahagian barat pulau Jawa

Kerajaan Tarumanagara atau Kerajaan Taruma ialah sebuah kerajaan Hindu beraliran Vishnu yang pernah berkuasa di bahagian barat Pulau Jawa antara abad ke-4 hingga abad ke-7, dan merupakan salah satu kerajaan yang tertua di Nusantara yang diketahui. Kerajaan ini mempunyai kaitan langsung dengan kerajaan Angkor di Kemboja. Banyak candi di Kemboja seperti Angkor Wat merupakan tempat peribadatan agama Hindu yang juga memuja Vishnu. Nama-nama rajanya pun mirip dengan raja raja Angkor seperti Jayavarman ataupun Suryavarman II.

Wilayah Kerajaan Tarumanagara, terutamanya pada zaman raja Purnawarman meliputi wilayah provinsi Banten, Jawa Barat, Jakarta, dan bahagian barat provinsi Jawa Tengah.

China Purba menyebut Bnom/Pnom/Phnom ini sebagai Fou-Nan, Fou-nan, atau Founan yang yang dibakukan kepada ejaan Rumi “Melayu” kini sebagai Funan bagi merujuk sebuah kerajaan rumpun Melayu di Kemboja, Kerajaan Funan, yang wujud pada abad ke-1M hingga ke-6M (Lihat seksyen 1.6). Oleh itu daripada segi sejarah dan etimologi perkataan “Melayu” ini, jelaslah sekurang-kurang pada awal Masehi, orang yang sejak di-Rumi-kan pada awal abad ke-20M ini sebagai “Melayu” sudah berada di rantau yang sekarang ini dinamai Gugusan Pepulau Melayu (Kepulauan Melayu) ini. Orang Pnom/Phnom/Funan (“rumpun Melayu”) di Kemboja itu juga sudah berhubung dengan “rumpun Melayu” lain lagi yang dinamai Jawa (atau Jawi mengikut Arab) malah anak raja Funan pernah melarikan diri ke Jawa pada abad ke-6M apabila Kerajaan Funan diserang oleh negara peuftinya yang baru muncul bernama Chenla. Di sekitar pertengahan abad ke-4M lagi ada tulisan sejarah dari China yang mencatatkan datangnya wakil rasmi Kerajaan Mo-lo-yeu dan pelbagai ejaan lain lagi itu, dari Sumatera ke China, seperti yang dilaporkan oleh Obaidellah (1986) dan Liang (1996)

No comments:

Post a Comment