Di dalam buku 'Penyebaran Islam dan Salasilah Ulama Sejagat Dunia Melayu (Pengenalan Siri 1), halaman 34-35 telah penulis sebut tentang Patani di Ternate (Halmahera) di bawah subjudul Terdapat Dua Kerajaan Patani, , ialah sebuah Kerajaan Patani yang terletak di Semenanjung Melayu (sudah cukup diketahui ramai) dan sebuah lagi kerajaan Patani yang terletak di Pulau Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.
Sultan Babullah ,Sultan di Ternate adalah putera Sultan Abu Abdullah Umdatuddin (Cam) yang asal usulnya dari Patani yang meng-asaskan berdirinya kerajaan Patani di Ternate (Halmahera)
Hubungan Patani (di Semenanjung/Segenting Kera) dengan Halmahera/Ternate, dan hubungan Halmahera/Ternate yang terjalin sejak lama dengan Buton, maka tidak mustahil terjalin hubungan antara Patani (di Semenanjung/ Segenting Kera) dengan Buton.
Hubungan Patani dengan Johor pula sangat erat melalui perkahwinan kerabat diraja, ulama dan orang awamnya. Barangkali Haji Abdul Ghaniu Buton yang dikatakan sewaktu pulang dari tanah Arab tidak langsung ke Buton, tetapi sempat tinggal di Johor disebabkan kerana jalinan keakraban yang penulis sebutkan.
Malah, terjadi perkahwinan antara anak lelaki Haji Abdul Ghaniu Buton dengan puteri Sultan Johor, seperti disebutkan oleh La Niampe. Kalau memang dikenal nasab dan keturunan seorang bangsawan atau orang baik-baik, pada zaman itu tidaklah mudah untuk berkahwin dengan seorang puteri seseorang sultan.
Dalam sejarah terdahulu dari ini, pernah terjadi perkahwinan antara seorang bangsawan Buton dengan puteri Raja Haji asy-Syahidu fi Sabillah bin Upu Daeng Celak. Walaupun ayahnya berasal dari Bugis/Luwuk, namun beliau lebih diakui sebagai golongan Diraja Riau-Johor.
Dalam hal ini, kemungkinan Haji Abdul Ghaniu Buton adalah keturunan salah seorang ulama yang datang ke Buton, dan dalam hal ini adalah Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman yang melayakkan anak laki-laki beliau dapat kahwin dengan puteri Sultan Johor
Dengan informasi di atas dapat dipastikan bahawa sejak lama ada hubungan antara Patani, Cam/Campa/Kemboja, Jawa, Ternate, dan tempat-tempat lainnya. Sehubungan dengan wujudnya dua Kerajaan Patani (di Segenting Kera dan Ternate) telah disebut mengenainya oleh Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi di dalam Pendidikan Islam di Malaysia (manuskrip) katanya,“…sebuah negeri bernama Patani di Halmahera, dalam daerah Tidore, di Timur Laut Semenanjung Halmahera berbatasan dengan daerah Maba dan Weda…” dan juga telah disebut oleh Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama(Dr.) Haji Awang Muhammad Jamil Al-Sufri di dalam bukunya Tarsilah Brunei tertulis …” Sheikh Amin dan Sheikh Umar menyebarkan agama Islam di Halmahera Belakang, Maba, Patani dan sekitarnya…”. Dengan terdapatnya informasi ini maka masih dapat diambil kira bahawa ada hubungan antara Patani (Segenting Kera) dengan Patani di (Ternate),
Salam; saya ingin menjelaskan kenyataan yang mengatakan Sultan Babullah adalah merupakan anak kepada Sultan Abu Abdullah dari Patani adalah tidak tepat. Ini kerana Sultan Babullah adalah merupakan anak kepada Sultan Hairun (yang dibunuh Portugis)
ReplyDeleteSila lihat link http://balagu.50webs.com/pahlawan/phmaluku/sultanbaabulah.html
dan http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Ternate
Satu lagi Sultan Abu Abdullah bukanlah sultan Patani tetapi Sultan Champa di daerah Vietnam.
Website bandar q dan dominoqq paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker maupun domino qq
Agen Poker Online
IDNPLAY
Situs Judi Poker Online Terpercaya
Situs Judi Poker Online Pkv
Bandar q
Bandar Poker Online
Poker Online Terpercaya
Agen Poker Online Terpercaya
agen poker online
agen poker pkv